Akaun ukayfood.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
PENDAFTARAN KELAS ASAS BISNES SANTAN PADA 5 FEBRUARI  2022 (SABTU)

"Saya dah mencuba macam-macam bisnes tapi belum ada rezeki menjadi lagi, rancang nak buka bisnes santan tapi takde Ilmu"


NAK BELAJAR BISNES SANTAN DALAM MASA 1 HARI?

KETAHUI 3 CARA ASAS INI....!!!!

_____________________________________________________________
ASSALAMUALAIKUM.....

Santan Ukay menganjurkan kelas Bisnes Asas Santan dimana anda akan dapat mempelajari kaedah yang betul dalam memulakan bisnes santan. Modul pembelajaran yang bakal kami kongsi memang 100% berbeza dengan semua kelas bisnes di media sosial kerana kami berkongsi terus "niche" sebuah bisnes santan. Kelas ini bertujuan untuk membantu mereka yang berminat untuk membuka bisnes santan tetapi tidak tahu step pertama bagaimana mahu memulakannya. Ada yang main langgar je sampai terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit dengan membeli mesin atau kelengkapan yang tidak sepatutnya. 


Kami akan kongsikan ilmu dan teknik yang telah kami gunakan pada peringkat asas dahulu untuk membolehkan kami developed dengan berjaya satu sistem yang mampu mengesan KEHILANGAN SEBIJI KELAPA, KEHILANGAN SEKILO SANTAN DAN JUGA KEHILANGAN SE SEN DUIT JUALAN HARIAN. Kami tahu bahawa perniagaan ini adalah jenis "Cash Basis" dan ianya mudah untuk dimanupulasi sekiranya tidak ada satu sistem yang menyokong gerak kerja bisnes santan tuan-tuan dan puan-puan. Jika mahukan sistem ini pada bisnes tuan-tuan dan puan-puan, peringkat asas ini adalah step yang TERPENTING untuk tuan implimen dalam sistem kerja bisnes santan tuan-tuan dan puan-puan.



Siapakah santan ukay ni ? KLIK DISINI UNTUK MENGENALI SANTAN UKAY



 Bukan itu sahaja, 

Kami akan bantu dan kongsikan dengan anda nama-nama pembekal mesin yang diperlukan untuk memulakan perniagaan santan dan anda boleh terus "deal" dengan mereka dengan mengatakan bahawa anda adalah peserta kelas ini bagi mendapat diskaun untuk setiap pembelian, selain daripada itu kami juga akan berkongsi nama dan nombor telefon pembekal kelapa dan bagaimana anda boleh menjimatkan masa anda untuk mencari pembekal agar anda dapat fokus untuk setup bisnes santan anda sahaja.


Sepanjang kelas ini anda akan berpeluang menuntut ilmu secara TERUS dengan Tuan Wan Mokhtar yang mana ilmu beliau bukanlah teori semata-mata tapi proven method yang telah beliau praktikkan sepanjang 7 tahun penglibatan beliau dalam bisnes santan ini. Beliau akan berkongsi banyak kesilapan yang beliau telah lakukan selama 7 tahun dan perkongsian itu diharapkan dapatlah kiranya mengurangkan kesilapan yang mungkin pengusaha baru akan lakukan jika tidak belajar. Percayalah! Segala persoalan anda akan terjawab selepas je anda habis sesi bersama Encik Wan. InsyaAllah. 

CARA FIKIR ORANG BIASA-BIASA 

Apa Susahnya Nak Mulakan Bisnis Santan?

Beli Mesin Perah Dan Mesin Parut, Parut Kelapa Masukkan Dalam Mesin Perah..Walaaa Santan Dah Siap...

Jika Semudah Itu kan Best... Tapi Hakikatnya Itu Hanya 10% Daripada Keseluruhan Proses Bisnes Santan Ini.


Itu Baru 1 Bahagian Daripada 6 Elemen Pengurusan Sesebuah Bisnes Iaitu "Operasi". Ada lagi 5 Lagi Iaitu Sales, Marketing, Finance, Admin, HR.

Kalau Tak Belajar Semuanya, Boleh Senget Kapal Kalau Hanya Fokus Pada Operasi Sahaja.


Persoalannya Besar Bisnes Santan Sekarang Ialah Bagaimana Nak Menguruskan Bisnes Santan Ini Supaya Owner Ada Masa Memikirkan Bagaimana Nak Kembangkan Syarikat Yang Boleh Diwarisi Atau Dikawal Selia Walaupun Owner Bercuti Atau Sedang Berehat Dirumah Kerana Demam....????

Anda Setuju Dengan Kami?


KALAU JAWAPAN ANDA YA..!!!!


KELAS INI ADA PENYELESAIAN KEPADA MASALAH DIATAS...INSYAALLAH

Bila anda masuk je kelas ini.......
NO MORE SECRET ANTARA KITA SELEPAS SAHAJA ANDA DAFTAR


Ya takde rahsia lagi kakak, abang.

Kami akan kongsikan beberapa cara dan kaedah yang telah kami lakukan tanpa perlu bangun seawal 2 pagi untuk menghasilkan santan yang segar. Umum sedia maklum halangan paling besar dalam bisnes santan adalah kena bangun pagi . 


Kelas online bisnes santan ini bakal menghasilkan impak yang sangat-sangat berkesan kepada anda jika anda memang memendam impian untuk bakal memiliki perniagaan santan yang mana umum mengetahui bahawa permintaan terhadap produk ini sentiasa ada cuma bagaimana cara pengurusan bisnes ini sahaja yang membezakan antara anda dengan pesaing anda. Dari sudut pemasaran pula, ianya adalah sesuatu produk yang sangat mudah faham untuk dijual. Anda hanya perlu menerangkan bahawa anda adalah pengusaha santan dan bakal pelanggan anda akan faham apa produk yang anda keluarkan tetapi persoalannya sekarang apa beza produk santan anda dengan produk santan pesaing anda? Takkan anda nak cakap santan anda menggunakan kelapa daripada planet Marikh kan?

 

File:Arrows down animated.gif - Wikimedia CommonsFile:Arrows down animated.gif - Wikimedia CommonsFile:Arrows down animated.gif - Wikimedia Commons

APA ITU KELAS ASAS BISNES SANTAN ?

JOM TENGOK DULU




Ianya sebuah Kelas online untuk mempelajari cara & teknik yang BETUL untuk mulakan bisnes santan. Teknik ini pula adalah berdasarkan pengalaman sebenar selama 7 tahun membangunkan sistem pengurusan santan yang mana ianya boleh mengesan kehilangan sebiji kelapa, kehilangan sekilo santan dan kehilangan se sen duit jualan harian. Jika anda kuasai sistem ini anda dapat menguruskan bisnes santan anda dengan cara korporat dimana anda tidak perlu berada di lokasi perniagaan atau kedai dan hanya perlu mengawal selia dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar anda. Ianya bertentangan dengan cara "tokeh" dimana anda perlu berada dilokasi atau premis setiap masa bagi mengelakkan sebarang kes kecurian atau salah urus takbir dalam bisnes tuan-tuan dan puan-puan.


Adakah tuan-tuan dan puan-puan boleh memastikan anda akan sentiasa sihat ? dan tidak akan sibuk dengan urusan peribadi ? seperti sedara mara berkahwin dan urusan-urusan lain untuk sentiasa ada di premis tuan-tuan dan puan-puan? sudah pasti tidak, jadi macam mana anda nak pastikan pekerja anda itu berlaku jujur dengan hasil jualan harian tuan-tuan dan puan-puan.


Kami bukan mahu tuan-tuan dan puan-puan tidak percaya kepada pekerja tuan-tuan dan puan-puan, cuma bukankah lebih bagus jika tuan-tuan dan puan-puan memiliki ilmu bagaimana nak menguruskan perniagaan santan tuan-tuan secara "remote" dan pekerja-pekerja tuan-tuan dan puan-puan juga tahu majikan mereka mempunyai sistem yang mengesan sebarang ketidak jujuran mereka?

Kalau anda masuk kelas ini dan mengikuti setiap perkongsian yang akan dikongsikan, InsyaAllah tuan-tuan dan puan-puan mampu menguruskan perniagaan ini dengan gaya korporat.




Baik.. Sedikit tentang latarbelakang mengenai pengajar anda, Tuan Wan Mokhtar.

Beliau berpengalaman lebih 7 tahun mendirikan perniagaan bisnes Santan Ukay ini. Beliau pernah berpengalaman membuang berpuluh-puluh tan santan yang basi kerana salah cara penyimpanan. Santan Ukay juga merupakan antara syarikat  PEMEGANG KUOTA IMPORT  KELAPA  yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Santan Ukay mempunyai SIJIL HALAL  daripada JAKIM. Sebelum beliau memulakan perniagaan Santan Ukay ini, beliau telah terjun masuk ke dunia perniagaan sejak tahun 2006, sudah pastinya beliau akan berkongsi "SISI GELAP" sudut pandang perniagaan santan yang beliau telah lalui dan mungkin boleh menjadi asbab perjalanan kemana tuan nak bawak bisnes santan tuan ini akan lebih jelas sepanjang kelas 1 hari tersebut. Anda akan belajar secara langsung bersama beliau ketika di dalam kelas online selama 1hari dan boleh bertanya apa sahaja soalan yang bermain diminda tuan-tuan dan puan-puan untuk beliau cuba menjawab soalan anda. Insyallah.


Best Kan?  kalau kita tahu cara yang betul sebelum memula bisnes santan......

APA YANG AKAN ANDA PELAJARI 

    Jom Tengok Dengan Detail Modul Yang Bakal Anda Pelajari Dari Pengalaman Kami

    Modul 1 - 7 Step Asas Penghasilan Santan Dari Pemilihan Kelapa Sehingga penghantaran.

    Ini perkara penting untuk anda yang tidak ada pengalaman lagi untuk faham keseluruhan proses penghasilan santan daripada mula sehingga akhir. Jadi sebarang permasalahan dikemudian hari dapat dilihat dengan jelas step mana yang perlu di-upgrade atau perlu di ubah. 


    Modul 2 - Mesin dan Peralatan Asas Yang Diperlukan Untuk Memulakan Bisnes Santan.

    Dari pemerhatian kami, ramai yang membeli mesin atau peralatan yang tidak diperlukan untuk memulakan perniagaan ini sedangkan modal tersebut boleh dimaksimumkan dengan pembelian barangan yang memang membantu dalam proses pengembangan perniagaan santan tuan-tuan dan puan-puan pada masa akan datang. Tidaklah dikemudian hari tuan-tuan terpaksa pula menjual peralatan tersebut untuk digantikan dengan peralatan yang sepatutnya. Jadi modul ini bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan modal tuan-tuan dan puan-puan pada fasa awal pembukaan bisnis santan ini.


    Modul 3 - Berapa biji kelapa yang diperlukan ? Berapa kg santan yang dapat ? Berapa harga yang nak letak ? Berapa untung ?

    Ramai pengusaha mengalami masalah ini, sales tinggi tapi "cash reserve" takde. Jika berlaku serangan daripada luar contohnya -pendemic Covid-19 ini, agak susah untuk sustain bisnes jika tidak ada "cash reserve". Dalam Modul ini juga akan dikongsi bagaimana mengira kos perKG santan dan bagaimana strategi penetapan harga supaya ada margin keuntungan. Dalam modul ini juga akan dikongsi bagaimana mengira "titik pulang modal" supaya tuan-tuan dan puan-puan dapat menetapkan jumlah jualan harian.


    "eh sales aku banyak tapi mana pergi duit tu ya?" (biasa dengarkan?)
     DAFTAR SEKARANG ! KAMI BANTU ANDA 


    bonus gif - Google Search | Tree crafts, Blog, Bonus

    > Kesilapan kewangan dalam bisnes santan

    Tahukah anda dalam semua perniagaan ini ada waktu yang dipanggil waktu "PUAKA" dalam perniagaan. Waktu puaka ini adalah pada 3 tahun pertama memulakan perniagaan dimana kajian menunjukan lebih 90% perniagaan akan ditutup dan akan menaik lagi selepas 5 tahun dimana kajian menunjukan lebih 95% pula akan ditutup. Perkongsian ini diharapkan dapat membantu usahawan yang baru untuk tidak termasuk dalam statistik tersebut. Tips-tips bagaimana nak sorok duit untuk dijadikan "cash reserve" dan "development fund" akan dikongsi. Insyallah.


    > Kaedah penyimpanan santan bagi tahan lama tanpa beku

    Perkongsian ini bertujuan mengelakan tuan-tuan dan puan-puan bekerja dari pukul 2 pagi untuk memulakan proses produksi santan. Bukankah elok kiranya tuan-tuan dan puan-puan boleh memulakan perniagaan santan bermula selepas solat subuh? 


    > Kaedah mula bisnes santan dengan modal minima

    Jangan risau jika tuan-tuan tidak mempunyai modal yang banyak untuk memulakan perniagaan santan ini, kami akan kongsikan bagaimana anda boleh mendapatkan "FEEL" sebagai usahawan santan dengan tips-tips yang akan kami kongsikan dalam kelas ini tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.


    > 6 Elemen pengurusan bisnes gaya korporat

    Dalam pengurusan sesebuah bisnes iaitu "Operasi" anda perlu memikirkan bagaimana untuk mahir menguasai 5 lagi pengurusan bisnes iaitu Sales, Marketing, Finance, Admin, HR. Bila anda mahir menguasai 6 elemen ini, anda mampu menguruskan bisnes santan anda dengan baik.


    > Bagaimana membina "END GAME BUSINESS "

    Segelintir pengusaha hanya menumpu kepada keuntungan bisnes. Apabila timbul masalah jualan merosot, mereka tidak tahu bagaimana cara untuk mengatasinya. Kami akan kongsikan cara mengatasi masalah dengan mengubah mindset dalam pengurusan bisnes santan.



    KELAS INI DIMANA ? 

    DI RUMAH ANDA MENGGUNAKAN APPLIKASI ZOOM. "SIT, RELAX AND FOKUS" DI TEMPAT ANDA TANPA PERLU MENGELUARKAN KOS-KOS LAIN UNTUK BELAJAR SEPERTI TEMPAT TINGGAL, PERJALANAN DAN LAIN-LAIN.


    JUMPA KAMI PADA 

    Tarikh : 5.2.2022 ( Sabtu )

    Waktu :  9 pagi - 5 petang



    InsyaAllah.... selepas anda ikuti kelas ini anda boleh buka bisnes santan gaya tokey dahulu ya.


    __________________________________________________________________________________________________________________________


    KELAS INI HANYA TERHAD UNTUK 100 ORANG YANG TERPANTAS BAGI MEMUDAHKAN KAMI MEMBERIKAN 100% TUMPUAN DAN DAPAT MEMBERI PELUANG YANG LEBIH UNTUK SESI SOAL JAWAB SOALAN.

    BERAPA YURAN KEBIJAKSANAAN YANG PERLU DIKELUARKAN OLEH TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN UNTUK MENGELAKKAN CUKAI "LANGGAR DINDING" SENDIRI?







    ANDA BOLEH MEMILIH UNTUK MENGAMBIL PAKEJ MENGIKUT BAJET ANDA SENDIRI. DENGAN HANYA NILAI BAYARAN TERSEBUT, ANDA TIDAK PERLU MENGULANGI KESILAPAN DAN KEBODOHAN YANG KAMI BUAT SELAMA 7 TAHUN INI. ANDA HANYA PERLU FOKUS MENCARI PELANGGAN SAHAJA.


    BERMINAT?
    TERUSKAN KE BAWAH UNTUK PEMBELIAN TIKET SEBELUM SEAT HABIS.



    Arrow Keto Sticker by Keto-Mojo for iOS & Android | GIPHYArrow Keto Sticker by Keto-Mojo for iOS & Android | GIPHY




    SEKIRANYA ANDA BERMINAT TETAPI TARIKH KELAS TIDAK SESUAI KERANA ANDA TELAH MEMPUNYAI RANCANGAN LAIN, ANDA BOLEH KLIK DI LINK INI UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN RAKAMAN VIDEO KELAS BISNES SANTAN. MUNGKIN DENGAN VIDEO INI ANDA BOLEH MENDAPAT PENDEDAHAN AWAL BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN BISNES SANTAN INI. 


    https://ukayfood.onpay.my/order/form/express-kelas-online-santan





    ___________________________________________________________________________________________________________________________

    Pertanyaan